Blog Set Gastrik Tips Sihat

7 Cara Mudah Hilangkan Angin dan Sebu Perut

tips hilangkan masalah perut selalu sebu dan berangin
Tips mudah cara nak hilangkan angin dan sebu perut. Awak kadang-kadang atau kerap kali bila salah makan mulalah rasa susah kentut, perut tak selesa macam kembung, sebu dan berangin?

Super tak selesa bila ada rasa macam tu. Serba tak kena! Dan lagi terseksa bila kita ada gastrik yang teruk. Kawan penulis sendiri masa di universiti suatu ketika dulu,  masalah gastriknya siap pakej tak pergi kelas, malah terpaksa skip banyak kelas dalam satu semester sebab gastrik dia yang kalau dah datang memang kesian sangat tengoknya.
 
Jom kita tengok dan check 7 tips dan cara mudah ini sama-sama supaya awak tidak lagi menderita masalah perut yang sebu dan berangin.
 
7 CARA MUDAH HILANGKAN ANGIN DAN SEBU PERUT
 
1. ELAKKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI ANGIN
 
Salah satu cara nak atasi masalah sebu perut dan angin adalah elakkan dari bertemu dengan makanan berangin. Antara contohnya ialah nenas, kobis, durian, epal, pear, brokoli, susu, aiskrim. Dan ada banyak contoh lain lagi. 
 
Kalau awak tengok, semua makanan di atas adalah makanan berkhasiat tetapi, makanan jenis dari ini mengandungi gula, kanji dan fiber yang tidak boleh di serap dengan mudah dan akhirnya menyebabkan badan tak selesa, sebu perut. Terutama bagi mereka yang dah terdedah dengan risiko gastrik atau pun sudah mempunyai gastrik.
 
Makanan yang mengandungi sorbitol, gula semuajadi yang ditemui di dalam buah adalah antara yang perlu dimasukkan dalam senarai makanan yang membuatkan kita berangin dan sebu perut. Bagi penggemar durian, perasan tak, kalau makan durian banyak-banyak, perut akan kurang selesa? Durian mempunyai kandungan gula semulajadi yang tinggi. Kerana itu Kementerian Kesihatan Malaysia cadangkan untuk hadkan pengambilan durian kepada dua ulas sahaja! Bukan sahaja untuk elakkan dari sebu perut malah dalam kes tertentu untuk selamatkan diri dari kencing manis bagi yang berisiko. 
 
Jikalau awak dah berjaya jumpa makanan yang kurang sesuai dengan kita dan ada dalam senarai makanan jenis angin, ambil langkah dengan buangkannya dari senarai makanan kita seumur hidup atau kurangkan portion pengambilan. Berpada-pada.
 
Stephen Bickston, Medical Doctor, Professor of Internal Medicine and Director of the Inflammatory Bowel Disease program di Centre for Digestive Health dekat Universiti Virginia Commonwealth berkata, “Apabila menyentuh soal makanan, bersederhana adalah kunci penting,”
 
Malah hakikatnya perkara ini telah pun dibincangkan sejak ribuan tahun yang lalu oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam yang menganjurkan umat Islam agar sentiasa makan secara bersederhana.
 
Awas, kebanyakan makanan atau kombinasi beberapa jenis makanan boleh mengakibatkan angin dan sebu perut. 
 

“Certain foods don’t get along well in certain people,” says Donald Novey, MD, an integrative medicine physician in Poulsbo, Washington. 

 
Majoriti akan alami perut sebu dan berangin apabila menggabungkan makanan jenis sayur hijau dengan buah, sumber protein dan kanji dalam waktu yang sama.
 
2. MINUM SEBELUM MAKAN
 
Pernah tak kita makan sambil minum air? Selain daripada tabiat begini membawa pada perut buncit, ia juga menyebabkan perut kita hilang asid penting dan tidak dapat menghadamkan makanan dengan baik.
 
Minum air 30 minit sebelum makan membantu proses penghadaman yang lebih baik.
 
3. MAKAN & MINUM PERLAHAN
 
Bila kita makan atau minum laju, kita lebih berpotensi untuk telan udara, dan akhirnya akan menyebabkan angin dan sebu perut tadi. Sebagai langkah berjaga-jaga, kunyah dan minum perlahan-lahan, jangan gopoh.
 
4. AMALKAN SUPLIMEN UNTUK BUANG ANGIN
 
Bila gastrik, angin dan sebu perut menyerang, sama ada serentak, atau asing, boleh terus makan suplimen yang membantu mengurangkan simptom ini. 
 
Antara suplimen yang membantu ialah :
  1. Antacid
  2. Beano
  3. Gaviscon
  4. Peppermint Ginger Plus Shaklee
  5. Alfalfa Complex Shaklee
 

5. JANGAN KUNYAH SESUATU TAK PERLU

Antaranya ialah gula getah, gigit straw, makan straw. Dan merokok. Merokok menyebabkan angin dan perut sebu tak selesa

 
6. ELAKKAN GULA TIRUAN
 
Sorbitol dan gula dalam arak, dan minuman beralkohol menyumbang ke arah perut sebu dan berangin. Selain itu, periksa selalu bahagian bahan kandungan dan nutrisi di pek makanan sebelum awak membeli makanan atau minuman tersebut. Lihat sama ada produk makanan dan minuman itu ada gula tiruan. Untuk mudah, elak atau limitkan pengambilan minuman manis dalam kotak dan tin. Begitu juga makanan terutama yang berbentuk instant.
 
7. BESERDAHANA DALAM PEMAKANAN HARIAN


Kita perlu bersederhana dalam bab makanan. Sebagaimana pesan baginda Rasulullah saw bersabda :

فثلث لطعامه وثلث لشرابه وثلث لنفسه 

Ertinya : “Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk udara.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Simpanlah sedikit ruang dalam perut untuk minuman dan juga udara. Jangan dipenuhi dengan makanan sahaja kerana ia akan menyebabkan berlakunya mudah terjadi perut sebu dan berangin akibat proses pencernaan yang tidak baik. 

Adakah masalah perut berangin dan sebu awak kerap terjadi malah semakin serius?

Dapatkan set di bawah untuk membantu masalah perut sebu dan berangin dari Shaklee. Klik di sini untuk order.

Set Perut Sebu dan Angin Shaklee
Klik untuk order

8 Comments

  1. happy monthday syaza. nice sharing. btw, saya baru first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan content blog ni. sangat berinformasi dan kemas je hehe. semoga maju jaya dalam bisnes awak. meh lah singgah blog saya hehe

  2. Yang no 3 tu agak susah sikit nak buat.. Kikiki.. Memang selalu makan dengan cepat.. dah terbiasa.. Sekarang nie memang tengah cuba amalkan yang no 2.. Minum dulu sebelum makan..

  3. kadang nak cepat kan, kita ngunyah tak perasn tercepatnya hehe. tu yang bleh jadi makanan lambat hadam and berangin perut..

    Jom kita amal sesama Kak Sha! 🙂

Leave a Reply

Artikel seterusnya khas untuk anda..

You cannot copy content of this page