Kenapa Awak Perlu Lebih Banyak Berfikir Tentang Sunblock dan Sunscreen?

beza sunblock dan sunscreen
Reading Time: 3 minutes

Sebut je mengenai perlindungan matahari, ada dua perkara yang akan bermain di fikiran iaitu sunblock dan sunscreen.Β 

Sebenarnya, ada beza ke dua ni? Dalam entri ini, awak akan mengetahui mengenai perbezaan atau mungkin persamaan yang ada dalam sunblock dan sunscreen.Β 

Download panduan dalam bentuk e-book percuma “3 Tips Untuk Pilih Sama Ada Sunscreen atau Sunblock Pilihan Terbaik untuk Awak” dari butang purple di bawah πŸ‘‡πŸ»

Sunblock yang juga turut dikenali sebagai nama physical sunscreen merupakan pelindung matahari yang hanya menahan (block) sinaran matahari daripada tembusi kulit. Fokus sunblock adalah bagi mengelakkan awak daripada mendapat sunburn. Kebiasaannya sunblock memiliki kandungan seperti zink oksida (zinc oxide) atau titanium oksida (titanium oxide). Oleh sebab itu, sunblock ini meninggalkan kesan bercapuk atau di panggil white cast bila di apply atas muka. Sunblock tak perlu di ulang pakai selalu melainkan jika ianya jenis bukan kalis air, maka kena ulang pakai. Selain itu sunblock juga boleh digunakan secara terus tanpa ada masa menunggu untuk memakainya.

SUNSCREEN VS SUNBLOCK PERBEZAAN MALAYSIA

Sunscreen yang turut dikenali sebagai chemical sunscreen ini melindungi kulit luar dan dalam. Tidak seperti sunblock yang hanya sekadar block matahari dari masuk ke kulit, sunscreen pula bertindak sebagai filter dan boleh menghapuskan sinar UVA.Β 

Untuk pengetahuan awak, sinaran matahari terdiri daripada dua sinar utama iaitu UVA dan UVB. Sunblock hanya menghalang UVB sahaja, manakala sunscreen menghalang kedua-duanya sekali.

Tetapi, awak tetap perlu berhati-hati dalam pemilihan sunscreen kerana ada je pasaran di luar yang claim produk mereka sunscreen walaupun hakikatnya mereka tak cover sepenuhnya pun dari sinar UVA dan UVB.

Perlu untuk awak tahu tentang UVA dan UVB sebab awak nak lindungi kulit dari dua benda ini.Β 

UVA ialah sinar matahari yang boleh menembusi lapisan kulit dan hanya sekadar sunblock sahaja tidak boleh menghalanginya. Kesan UVA ialah kulit berjeragat, kulit cepat berkedut, tona kulit jadi tidak sekata, kulit senang ada pigmentasi dan pelbagai lagi masalah penuaan kulit. Selain itu, kalau awak ada masalah parut jerawat, UVA akan melambatkan lagi proses baikpulih parut awak.Β 

UVB pula merupakan sinar matahari yang biasanya cuma mengakibatkan kulit terbakar atau sunburn.Β 

Berbalik kepada fakta mengenai sunscreen. Sunscreen biasanya ada avobenzone atau oxybenzone. Perlu disapukan pada kulit sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit untuk sunscreen meresap dengan baik ke dalam kulit sebelum mendedahkan diri kepada matahari. Di samping itu, awak juga perlu untuk reapply sunscreen setiap 2 jam sekali untuk keberkesanan yang maksimum. Biasanya pasaran memiliki sunscreen yang bukan jenis kalis air.Β 

SUNSCREEN VS SUNBLOCK PERBEZAAN MALAYSIA

Yang mana pilihan awak; sunblock atau sunscreen? Pening tak sure nak pilih yang mana.. boleh download e-book percuma “3 Tips Untuk Pilih Sama Ada Sunscreen atau Sunblock Pilihan Terbaik untuk Awak” dari butang purple di bawah πŸ‘‡πŸ»

Leave a Reply

You cannot copy content of this page
%d bloggers like this: