Blog Cinch Shake Shaklee Set Menyusu Shaklee Tips Kurus

Cinch Shake Untuk Ibu Menyusu, Boleh Ke?

Awak nak kurus, dan dalam masa yang sama awak sedang menyusu badan. Jadi, awak pun go through pembacaan demi pembacaan untuk dapatkan sebuah meal replacement yang boleh membantu awak untuk kurus. Dan awak jumpa dengan Cinch Shake Shaklee.

Tetapi, awak tak yakin.. “Boleh ke Ibu Menyusu minum Cinch Shake ni?” Sebab, awak rasa seperti jarang nampak orang yang menyusu ambil Cinch Shake.

Kalau begitu, blogpost ini adalah untuk awak. Teruskan membaca untuk dapatkan jawapan sama ada boleh atau tidak untuk awak minum Cinch Shake Shaklee bagi mencapai berat badan ideal idaman dan dalam masa yang sama menyusukan anak!

Tonton Video Ini: Ibu Menyusu dan Cinch Shake Shaklee

Ibu Menyusu Perlu Kalori Lebih

Ibu menyusu perlu lebih kalori dan protein daripada ibu yang mengandung untuk menghasilkan susu badan yang bukan sahaja banyak dari segi kuantiti tetapi juga berkualiti. Tubuh badan awak memerlukan sebanyak 20 kcal bagi setiap 30 milimiter susu badan yang dihasilkan! Kesan daripada pengambilan kalori dan protein yang tidak cukup bukan sahaja boleh menjejaskan penghasilan susu badan malah ia boleh memudaratkan badan awak sendiri. Awak akan rasa menggigil, mudah pengsan dan lain-lain.

Ibu Menyusu Nak Kurus - Berat Badan Ideal

IBU MENYUSU PERLU PROTEIN BERAPA BANYAK

Namun begitu, adalah penting untuk kita mengekalkan berat badan yang ideal supaya ia juga turut memberi kelebihan untuk kesihatan badan kita sendiri. Tetapi, kebanyakan dari kita akan rasa bersalah apabila cuba untuk mencatu makanan ketika sedang menyusukan anak kerana risau mengenai susu badan untuk anak, cukup atau tidak bila kita mula berkira-kira untuk diet. 

Tambahan pula, cabaran terbesar ibu menyusu adalah – cepat lapar! Oleh itu, makan dengan ibu menyusu memang susah untuk dipisahkan. Mungkin mudah bagi orang lain, tetapi tidak untuk kita. 

Cinch Shake Shaklee Ibu Menyusu

WhatsApp 0187684817 untuk order atau klik di bawah

Protein dan Penghasilan Susu Badan

Kajian menunjukkan bahawa, kurang kalori sebenarnya tidak akan menjejaskan penghasilan susu badan. Tetapi, jika awak kurang pengambilan protein dalam diet harian yang itu akan menyebabkan kurangnya susu badan awak. 

Sebagai ibu menyusu, adalah disarankan untuk mengambil lima hingga tujuh hidangan protein setiap hari iaitu seperti:

  • Segenggam kekacang
  • 2 keping keju
  • Ayam sebesar tapak tangan (jika bahagian drumstick perlu dua bahagian)
  • Daging sebesar tapak tangan
  • Ikan setengah saiz sederhana
  • 1 cawan susu
  • Sotong (sebesar tangan)
  • 1 biji telur ayam
  • Udang (4-6 ekor)

Protein Cinch Shake Shaklee untuk Ibu Menyusu

Cinch Shake dari Shaklee ialah sebuah protein shake yang akan melengkapkan diet harian awak dan dalam masa yang sama membantu untuk menghasilkan susu badan yang baik walaupun awak sedang dalam proses untuk mencapai berat badan ideal.

Oleh itu, jawapannya adalah, Cinch Shake Shaklee sesuai dan boleh di ambil oleh ibu menyusu.

Meal Replacement Cinch Shake

Setiap serving Cinch Shake cuma membekalkan 180 kcal sahaja tetapi ianya kaya dengan protein iaitu sebanyak 16 g bagi satu hidangan. Cinch Shake ini awak boleh ambil sebagai meal replacement yang sangat mengenyangkan. Satu hidangan Cinch Shake ialah seperti nasi bersama lauk pauk yang lengkap! Jadi selepas awak ambil Cinch Shake, awak boleh untuk tidak ambil makan makanan lain malah, awak sendiri akan berasa kenyang dan tak nak makan makanan lain pun selepas minum Cinch Shake Shaklee.

Tambah ESP untuk Ibu Menyusu

Namun begitu, jika awak ingin mengambil Cinch Shake Shaklee untuk kurus dan dalam masa yang sama menyusu, adalah sangat disarankan untuk awak gabungkan bersama ESP. Hal ini kerana, ESP ialah protein asas sebagai milkbooster untuk ibu menyusu di Shaklee.

Cadangan pengambilan ialah 1 skup ESP dicampurkan bersama 2 skup Cinch Shake untuk sekali hidangan. Ia akan melengkapkan keperluan protein harian sebagai ibu menyusu yang memerlukan minimum 54 g protein sehari untuk penghasilan susu badan.

Cara bancuhan di atas akan membekalkan sebanyak 30 g protein sehari untuk awak dan berita baiknya awak boelh ambil hidangan ini sebanyak 2 kali sehari bagi menggantikan waktu makan utama.

Set Menyusu Untuk Kurus

Dapatkan ESP dan Cinch Shake untuk Ibu Menyusu Yang Nak Kurus

Leave a Reply

Artikel seterusnya khas untuk anda..

You cannot copy content of this page