5 Kesan Akibat Suka Makan Papadom

Reading Time: 2 minutes
kesan makan papadom
Syaza sendiri adalah penggemar papadom, yang jenis panjang-panjang tu. Papadom gak kan namanya? Ahaha. Papadom ni sedap. Tambah sedap kita gandingkan dengan nasi kandaq. Fuh, kelia, bak kata orang Penang! Tapi, ada fakta di sebalik Papadom ni. Kalau nak tahu Papadom ni tinggi kandungan garam.
Garam, baik untuk kesihatan. JIKALAU, kita ambil pada kadar selayaknya dan berpada-pada. Kalau dah terlebih, ada kesan dia antaranya, adalah tekanan darah tinggi. Garam ni ada je di mana-mana. Hampir semua makanan kita ada garam. Melainkan kita jenis makan tawar, tak ada la garam tu >.<

Fakta Papadom 
  • Pengambilan garam yang ditetapkan World Health Organisation (WHO) adalah sebanyak 2,000 mg sehari
  • Berat sekeping papadom adalah 13g
  • Kandungan sodium (garam) dalam sekeping papadom adalah sebanyak 250mg
  • Kandungan bahan dalam papadom, tepung, bahan penambah perasa, pengawet, bahan perasa dan pewarna tiruan
5 Kesan Akibat Suka Makan Papadom
Usus Melakat & Sembelit
Walaupun DI ANGGAP tidak memudaratkan, jika di makan BERLEBIHAN, doj yang digunakan dalam pembuatannya boleh melekat pada usus, dan menyebabkan masalah sembelit.
Badan Berasid
Rempah ratus dalam papadom boleh menyebabkan keadaan berasid jika di makan secara BERLEBIHAN. Orang gastrik lagi wajib hati-hati.
Penyakit Kardiovaskular
Minyak yang di makan bersama papadom yang di goreng boleh menyebabkan masalah ateroskelorosis dan penyakit kardiovaskular yang lain
Terdedah Pencemaran
Cara pembuatannya yang terdedah, terhampar secara terbuka menyebabkan mudah untuk ia terdedah kepada pencemaran
Serangan Jantung (Heart Attack)
Pengambilan berlebihan makanan yang mengandungi garam akan menyebabkan berlakunya darah tinggi, tingkatkan risiko angin ahmar dan serangan jantung
Sumber : Berita Harian Online

11 Comments

  1. Baru tahu bahaya papadom tu. Syukur tak berapa suka makan.

  2. aduhhh. ejulz suka mkn ni.. nasib x selalu mkn..

  3. Betul..sebelum ni Sis ada baca satu artikel tentang papadom ni..
    Tak sangka kan makanan sedap tapi banyak bahayanya..lebih-lebih lagi pada usus…

  4. alamak sha dah la suka makan ni

  5. Lama dah cheq tak makan papadom ni, thanks share tau huhuu…

  6. huhu itu la.. Syaza suka papadom nih..

  7. tak selalu inshaAllah ok ejul..

  8. kan! Syaza pun tak sangka >.<

  9. samaaaaaa! kita sama 🙁

  10. hihi. sesama cik sue 🙂

  11. Bahaya rupanya bila makan seelalu.. Kak Sha sesekali baru jamah, tu pun kalau terjumpa..

Leave a Reply

You cannot copy content of this page
%d bloggers like this: