Pembenihan Awan Menyebabkan Hujan Asid

0 12 Comments

Jerebu mengundang 1001 kegusaran kepada kita. Perkara yang paling kita harapkan apabila jerebu adalah hujan.

Jailan Simon, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan, hujan membantu tetapi selagi mana sumber dan faktor jerebu ada, ia hanya dapat membantu untuk sementara waktu sahaja.

Sebagai contoh katanya, di Sarawak bacaan Indeks Pencemaran Udara menurun secara mendadak di bawah 100 selepas hujan berturut selama 2 hari. Namun setelah hujan tiada bacaan IPU di sana mencatat bacaan sangat tidak sihat melebihi 200 bacaan.

Selain daripada itu, ketika jerebu pembenihan awan kerap dilakukan bagi membantu proses penurunan air hujan untuk meredakan sementara jerebu ini.

Walaubagaimanapun, pembenihan awan biasanya dalam bentuk hujan asid. Bahan kimia yang digunakan dalam proses pembenihan awan seperti kalsium oksida telah menunjukkan untuk menyebabkan masalah kulit.

Oleh itu di samping kita awas dengan jerebu, perhatian penuh perlu diberikan untuk hujan ketika jerebu.

Penyelesaian kepada masalah ini ialah kita perlu kurangkan aktiviti di luar rumah, banyakkan aktiviti dalam rumah dan bangunan sahaja.

Categories: