3 Punca Utama Kulit Jeragat

3 punca utama kulit berjeragat
Reading Time: 3 minutes

3 Punca Utama Kulit Jeragat

Jeragat atau hiperpigmentasi ialah situasi di mana melanin dihasilkan melebihi daripada nilai normal. Melanin merupakan pigmen semulajadi yang mengawal warna kulit seseorang. Untuk lebih mudah difahami, seseorang yang berkulit gelap akan memiliki melanin yang lebih banyak daripada yang berkulit cerah.

Orang yang berkulit cerah lebih mudah mendapat jeragat berbanding yang berkulit gelap. Situasi yang lebih teruk daripada jeragat adalah vitiligo atau albinism yang memerlukan penjagaan kesihatan. Sekarang ini awak telah mengetahui secara dasar tentang definisi ‘apa itu jeragat’, mari kita lihat pula punca utama jeragat seperti tujuan entri ini.

Download e-book Percuma

Punca Utama Kulit Jeragat #1 - Sinaran UV Matahari

Cahaya matahari ialah punca paling utama yang mengakibatkan berlakunya jeragat. Sinaran UV yang masuk ke epidermis kulit akan menyebabkan berlakunya stimulasi pigmen kulit yang berlebihan dari biasa. UV boleh ‘membangunkan’ epidermis kulit untuk merembeskan lebih banyak melanin dari biasa.

Akibatnya, bintik hitam atau coklat akan mula wujud di sekitar kawasan kulit muka (atau lebih teruk kawasan badan yang lain). Pendedahan kepada cahaya matahari yang kuat dan terlalu lama akan menjadi faktor kepada percepatan jeragat. Oleh sebab itu, tidak hairan apabila awak yang bekerja outdoor lebih mudah mendapat jeragat.

Cara untuk mengatasi masalah jeragat yang berpunca dari UV ialah gunakan pelindung tabir suria (sunscreen) dari jenis SPF 20 dan ke atas. Sapu di waktu pagi tidak kira sama ada awak perlu keluar rumah atau duduk di rumah. Sapu semula setiap 4 jam sekali untuk hasil optimum.

Penggunaan sunscreen secara konsisten boleh mengelakkan dari berlakunya jeragat.

Punca Utama Kulit Jeragat #2 - Ketidakseimbangan Hormon dan Pengambilan Pil Perancang

Jeragat boleh terjadi akibat daripada ketidakseimbangan hormon yang berlaku ketika awak mengandung. Selain itu, ia juga berpunca dari masalah hormon kesan pil perancang yang di ambil secara oral.

Berita baik, masalah jeragat yang berpunca daripada hormon tak seimbang ini akan hilang atau berkurang dari masa ke semasa. Contohnya hilang selepas anak dilahirkan. 

Walaubagaimanapun, jika awak tidak menjalankan langkah berhati-hati ia boleh kembali walaupun dalam keadaan awak tidak mengandung atau tidak mengambil pil perancang. 

Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memastikan pengambilan vitamin harian dari segi suplimen luaran mencukupi terutama sekali Vitamin B dan Vitamin C.

Punca Utama Kulit Jeragat #3 - Kekurangan Vitamin B dan Zat Besi (Iron)

Kekurangan pengambilan Vitamin B12 boleh menyebabkan berlakunya hiperpigmentasi. Selain dari itu, kekurangan zat besi (iron) juga berkait rapat dengan masalah jeragat.

Cara atasi sudah tentu mengambil makanan yang cukup dengan keperluan Vitamin B12 dan iron serta top up bersama suplimen luaran.

Ingin mengetahui produk yang boleh membantu masalah jeragat awak 👇🏻

You cannot copy content of this page
%d bloggers like this: