Rasa Tak Selesa Masa Puasa? Cuba 5 Tips Ini

Share on facebook
Share on twitter

Semasa berpuasa, terdapat potensi untuk kita berasa tidak selesa di atas beberapa punca. Antara ketidakselesaan yang biasa berlaku ialah letih, badan dehidrasi kesan dari tidak cukup air atau terlalu buat kerja, kenaikan berat badan, pedih ulu hati malah boleh sehingga gastrik dan masalah sembelit.

Jika awak mengalami masalah ketidakselesaan tersebut, berikut adalah 5 tips bagaimana untuk atasinya.

1. Keletihan

cara atasi masalah selalu cepat letih masa puasa

Keletihan berpunca daripada tidur yang tidak mencukupi, kandungan nutrien pemakanan yang hilang dan kehilangan elektrolit dari badan.

Perkara-perkara ini sekaligus menyebabkan turun tahap tenaga kerana itu awak mudah terdedah untuk cepat rasa letih dan lesu semasa berpuasa.

Oleh itu, ketika berpuasa untuk mengelak dari letih selalu, pastikan:

Awak mendapat rehat yang cukup 

  • Tidur dengan berkualiti agar dapat bangun segar
  • Pastikan badan awak terhidrat dengan Performance® Drink Shaklee
  • Ambil makanan yang boleh memberi tenaga berpanjangan iaitu makanan rendah indeks glisemik seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
  • Sertakan Coenzyme Q10 dalam diet awak untuk meningkatkan tenaga

2. Kurang Air Dalam Badan

cara atasi masalah kurang air dalam badan masa puasa

Badan kita secara semulajadi akan kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan juga air kencing.

Kehilangan air dari badan dengan berlebihan menyebabkan berlakunya dehidrasi yang boleh menjadi lebih serius apabila terdedah dengan haba atau cuaca panas.

Selain itu, dehidrasi berpotensi menjadi semakin buruk sekiranya badan kita tidak mendapat cecair yang mencukupi sebelum mula berpuasa dan melakukan aktiviti fizikal. Ia juga menyebabkan kepala mudah sakit.

Elakkan dehidrasi dengan:

  • Kekal sejuk
  • Elak dari terdedah dengan haba atau cuaca panas berlebihan
  • Ambil Performance® Drink Shaklee, penghilang dahaga ideal yang menghidratkan, membekalkan gabungan elektrolit OPTI-LYTE™ dan juga campuran unik karbohidrat yang dapat memberi tenaga segara dan menyokong secara berterusan agar badan tidak cepat hilang air 

3. Berat Badan Naik

Walaupun puasa itu sendiri merupakan salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan, tetapi kita mungkin mengalami peluang berat badan naik kerana tidak menjaga pemakanan dengan baik ketika berpuasa.

Terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi dengan lemak ialah antara sebabnya. Ini menghapuskan kelebihan sebenar puasa.

Oleh itu, berusahalah untuk kekalkan berat badan optimum dengan:

  • Makan secara bersederhana
  • Mengamalkan tabiat pemakanan sihat 
  • Tutup jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang memberikan 19 vitamin dan mineral penting
  • Urus berat badan dengan Cinch® Shake Mix yang boleh dijadikan pengganti hidangan (meal replacement) serta rasanya yang sangat sedap seperti pencuci mulut

4. Sembelit

Ketidakselesaan biasa yang sangat banyak kita hadapi ialah sembelit!

Sembelit mudah berlaku bila kurang pengambilan cecair dan kurang serat. Jadi, adalah penting untuk:

  • Minum air yang mencukupi semasa sahur dan berbuka puasa
  • Kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan banyak buah dan sayur
  • Atur pergerakan usus dengan campuran propietari yang mengandungi daun senna, dimana secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi.

5. Ketidakhadaman (Pedih Ulu Hati)

Umumnya, puasa boleh kurangkan jumlah asid perut. Namun begitu, pedih ulu hati mudah terjadi melalui pemikiran atau dari bau makanan yang secara semulajadi beri isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid dalam perut.

Kerana itu dalam Islam, tidak digalakkan menghidu bau makanan secara berlebihan.

Kawal pedih ulu hati dengan:

  • Makan secara sederhana
  • Hindari makan pedas dan berminyak
  • Kurangkan kafein
  • Ambil protein berkualiti berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder untuk kuatkan otot perut dan esofagus
  • Ambil pudina dan halia untuk legakan ketidakselesaan penghadaman atau pedih ulu hati

Kesimpulannya, ketidakselesaan semasa berpuasa sangat mudah terjadi. Oleh itu ambil langkah pencegahan dengan mengamalkan tips di atas agar kita dapat puasa dengan tenang dan ceria serta boleh beribadah dengan gembira!

Leave a Reply

Disclaimer

Nasihat yang di tulis di dalam blog ini tidak mewakili mana-mana ahli perubatan melainkan jika dinyatakan dan produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat berkenaan jika memerlukan.

Recent Posts

Follow Us