3 Sebab Protein Soya Pilihan Terbaik

Protein ialah blok binaan asas yang sangat diperlukan tubuh badan manusia. Namun begitu, kita tidak boleh menghasilkan protein sendiri melainkan perlu ambil sumber makanan protein dan nutrisi tambahan (supplement). 

Sekiranya tidak cukup protein, kita boleh mendapat masalah akibat kekurangan protein antaranya ialah:

  • Mudah rasa lapar
  • Susah nak fokus
  • Otot senang kejang
  • Mudah jatuh sakit
  • Luka lambat sembuh
  • Masalah kulit, kuku dan rambut
  • Pertumbuhan kanak-kanak terganggu
  • Risiko tulang rapuh
  • Edema

 

2 Sumber Protein

Terdapat 2 jenis sumber protein iaitu protein dari haiwan, dan protein dari tumbuhan. Untuk dari sumber haiwan, sebagaimana umum mengetahui datang daripada ayam, ikan, telur dan sebagainya.

Bagi jenis protein dari tumbuhan, mungkin ia tidak begitu terkenal kerana tak ramai yang sedar bahawa dalam tumbuhan sendiri ada sumber protein (melainkan kalau awak vegetarian sudah tentu awak akan memilih protein tumbuhan)!

Diet Hijau Lebih Sihat

Penemuan daripada sebuah penyelidikan saintifik pada tahun 2010 oleh Department of Health and Human Services and U.S. Department of Agriculture di dalam Dietary Guidelines for Americans Committee Report menyarankan agar kita tukar corak makanan kepada diet yang lebih banyak berasaskan tumbuhan kerana ia lebih menyihatkan badan.

Walaubagaimanapun, untuk sumber protein – tidak semua protein tumbuhan itu membekalkan keperluan protein lengkap kepada kita.

Oleh itu, amat penting untuk memilih sumber protein terbaik supaya badan kita boleh berfungsi secara optimum sekaligus mengelakkan masalah kekurangan protein seperti yang dinyatakan di atas.

Berita baik, protein tumbuhan daripada kacang soya membekalkan keperluan protein di tahap terbaik! Buktinya? Mari kita lihat 3 sebab di bawah ini.

3 Sebab Protein Soya Pilihan terbaik

#1 Sama dengan protein haiwan

Protein soya mengandungi semua 9 asid amino yang penting untuk badan yang sama dengan sumber protein dari haiwan seperti daging, ikan, ternakan dan produk tenusu. 

Khasiat Protein Soya = Khasiat Protein Haiwan.

#2 Tanpa Lemak dan Kolestrol

Tidak seperti ayam, daging yang kita tahu ada kandungan lemak dan sekiranya di ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan di masa akan datang. 

Namun begitu, kelebihan protein tumbuhan soya ini ialah bebas kolestrol dan lemak. Tak perlu risau lagi dengan masalah berkaitan kolestrol. 

#3 Kaya Dengan Nutrisi & Zat

Kacang soya bukan sahaja kaya dengan protein tetapi turut dilengkapi kalsium, zat besi, potassium, dan mineral lain yang bagus untuk tubuh badan. Ia memiliki elemen yang juga membantu badan menyerap zat dan nutrisi dengan baik. [rujukan 1,2,3]

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee Pilihan Terbaik

  • Membekalkan 14g protein
  • Indeks Glisemik Rendah
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti
  • Mengandungi 9 asid amino
  • Tinggi dengan kalsium
  • Tanpa kolesterol
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*

*Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari

Dapatkan ESP Shaklee hari ini klik untuk WhatsApp

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: