Struggle Untuk Fokus di Tempat Kerja? 5 Tips Ini Membantu.

0 16 Comments

Purata untuk seorang pekerja pejabat gagal fokus adalah di setiap 3 minit. Malah berdasarkan kajian yang di buat oleh Human-Computer Interaction Institue di Universiti Carnegie Mellon, seseorang akan mengambil 25 minit untuk kembali fokus setelah hilang daya fokus!
Hilang fokus, amat senang, terlalu senang, tapi nak dapatkan balik daya fokus itu yang susah. Tapi, tak apa, jom kita baca dan praktikkan bersama, tips untuk kita kekal fokus di tempat kerja.
5 TIPS KEKAL FOKUS DI TEMPAT KERJA
1. Bekerja Mengikut “Jadual Semulajadi” Otak
Kita sebenarnya sedar bahawa kita boleh tumpukan perhatian sepenuhnya di waktu-waktu yang tertentu. Sebenarnya, otak kita ada jadual semulajadinya yang tersendiri. Ianya bergantung kepada diri masing-masing.
Namun, jika mengikut majoriti, puncak diri kita akan mudah berada di dalam gangguan penuh dan hilang daya tumpuan fokus ialah waktu 12 tengahari sehingga 4 petang dan kita akan selalunya berasa terlalu lemau sekitar jam 2 petang.
Otak kita mampu untuk menampung beban yang banyak, di waktu lewat pagi, iaitu sekitar jam 10 pagi. Pada waktu ini, otak kita terjaga sepenuhnya dan mampu untuk bekerja dengan baik. Walaubagaimanapun, ia tetap berbalik pada diri kita sendiri. Pantau sepenuhnya, diri kita lebih bertenaga di waktu pagi, tengahari, atau petang?

Fokus pada tugas berat di waktu pagi, dan cuba tidur sebentar atau berjalan mengambil angin segar di waktu tengahari.

2. Beri Reward Lepas Berjaya Fokus
Apabila kita dah terlalu selesa dengan sikap sambil lewa dan bertangguh, otak kita juga akan begitu. Jadi, cuba latih otak dan minda kita supaya kekal fokus tanpa di ganggu. Setiap kali kita rasa nak check Tweet di Twitter, cepat-cepat tahan diri dan teruskan bekerja. Inilah reward yang akan latih minda kita supaya “tahan” dengan gangguan. Lama kelamaan, kita sendiri dah tak ambil kisah dengan gangguan tersebut dan akan lebih fokus!
3. Berehat
Berhadapan dengan skrin terlalu lama juga akan memenatkan. Sama juga bila selalu sangat jumpa klien, tanpa henti, ia akan memberi keletihan fizikal dan mental pada kita. Belum lagi bab nak jawab email, telefon sepanjang masa. Memang letih!
Jadi, cuba ambil masa untuk berehat seketika. Rehat yang sebenar rehat. Ambil angin dan matikan telefon bimbit sebentar sambil makan makanan kegemaran. 15 minit sahaja dan ia sudah cukup untuk cas semula daya fokus kita.
4. Lupakan Multitasking
Kita susah nak fokus sebenarnya apabila kita kerap tukar dari satu tugasan kepada tugasan yang lain dalam masa yang singkat. Lagi banyak kita multitask, lagi banyak tenaga yang kita akan guna dan lagi susah nak fokus. 

Buat senarai keutamaan tugas dan lakukan satu persatu mengikut keutamaan atau prioriti.

5. Kunyah Gula Getah
Bunyi macam pelik? Tapi kajian menunjukkan, mengunyah gula getah akan meningkatkan aliran oksigen kepada seluruh tubuh badan kita termasuk minda dan otak kita yang bertanggungjawab penuh di atas proses fokus tadi. Ia juga membantu menambahbaik memori jangka masa panjang dan memberi sedikit suntikan insulin untuk boost tenaga.

Jika gula getah bukan snek terbaik bagi kita, dapatkan snek seperti buah, sayuran rebus, kekacang dan sebagainya. Asalkan konsepnya; mengunyah!

Jadi, mari kita praktikkan bersama-sama tips ini bagi kekal fokus dan latih otak untuk sentiasa fokus. Dan jangan lupa rehat jika perlu!

Nak order Shaklee?

WhatsApp/Call 📲 0187684817 (Syaza) 😊 

🠞🠞 Klik Untuk WhatsApp

Categories: