Parut Luka Czer: Penjagaan Penting Semasa dan Selepas

0 Comments

Sebagai seorang Ibu, matlamat utama kita cuma nak lahirkan bayi berkeadaan sihat dan selamat. Sekiranya czer adalah cara yang terbaik, maka kita akan turutkan demi anak. Pengalaman penulis sendiri, yang melahirkan anak pertama melalui emergency czer.

Selepas pembedahan major czer, kita mesti nak buat apa saja untuk redakan masalah parut czer, cepat sembuh luka dan mengurangkan kesan parut. Berita baik: kebanyakan parut czer sembuh dengan baik dan hanya meninggalkan kesan garisan (halus/tebal).

Jenis Pembedahan Czer

Ada dua jenis potongan dan pembedahan yang ada untuk czer. Pertama ialah di bahagian bawah abdomen kita. Kedua adalah terus kepada rahim. Jenis potongan di bahagian abdomen mungkin berbeza dengan yang terus pada rahim. Sama ada:

  • Menegak. Digunakan dalam hampir 95% pembedahan czer hari ini. Sebab cara ni dikatakan menurut perubatan, mengurangkan risiko pendarahan dan memudahkan untuk Vaginal Birth After Caesarean (VBAC) jika anak selepasnya kita pilih dan boleh untuk normal.
  • Melintang. Juga dikenali sebagai cara czer yang klasik. Sayatan dilakukan di bahagian bawah abdomen.

Bagaimana luka pembedahan czer “di tutup”?

Secara am, ada tiga cara bagaiaman doktor “menutup” kembali kulit kita:

  1. Staples. Doktor kita gunakan stapler untuk kulit.
  2. Jahitan. Semestinya dengan guna benang dan jarum khas. Pakar menyatakan bahawa ia cara yang mungkin terbaik berbanding dua yang lain. Beberapan kajian mencadangkan ia cara yang paling baik sebab mengurangkan risiko berbanding dari yang stapler sahaja.
  3. Gam. Kebanyakan pakar menyatakan bahawa gam paling cepat sembuh dan meninggalkan kesan parut yang lebih halus. Tapi ia bukanlah pilihan teristimewa.

Jenis Parut Czer

Kebanyakan masa, parut czer akan sembuh dengan baik. Cuma kadangkala badan kita memerlukan proses sembuh yang berbeza antara satu sama lain.

  • Keloid. Parut keloid ialah seperti “daging lebihan” yang membuat kawasan sekitar parut benjol dan seperti terkeluar sedikit.
  • Parut hipertropik. Tak macam keloid, parut jenis ini tak terkeluar dari sempadan kawasan yang di bedah. Panjang atau pendek mana kawasan bedah, macam tu la dia wujud. Tak terkeluar, tak terkurang.

Tips Penjagaan Parut/Luka Czer

Di bawah ialah tips asas penjagaan luka dan parut czer untuk membantu proses sembuh dengan lebih baik.

  1. Pastikan bersih kawasan luka. Lap dengan kering kawasan luka kita terutama setiap kali selepas mandi. Sekiranya perut kita agak berlemak dan berlipat, pastikan kita selalu lap untuk keringkan kawasan tersebut kerana dikhuatiri ia kerap berpeluh. Pokok pangkalnya, bersih dan kering.
  2. Pengudaraan. Dedahkan luka czer tadi dengan udara yang baik. Jangan pakai pakaian yang ketat. Gunakan pakaian dan seluar yang longgar. Kain batik, atau skirt pilihan terbaik.
  3. Tangguh aktiviti bersenam. Elakkan dari terus melakukan senaman dan termasuklah aktiviti berat. Dapatkan nasihat doktor sekiranya memerlukan untuk bersenam.
  4. Bergerak. Walaupun tak boleh bersenam, tak bermakna kita duduk sahaja tak bergerak langsung. Bergerak macam biasa, cuma tidak sepantas atau selincah dahulu – yang penting bergerak bukan duduk sahaja sepanjang hari. Bergerak ini meningkatkan aliran darah dan mengurangkan risiko Deep Vein Thrombosis (DVT). Bila rasa dah larat lebih sikit, boleh bawak anak berjalan-jalan ringan di sekitar kawasan perumahan dengan stroller!

Tanda serius kita perlu jumpa doktor berkaitan luka czer

Kalau kita rasa salah satu dari simptom di bawah, boleh terus hubungi doktor segera:

  1. Bengkak atau kemerah-merahan di kawasan yang di berah
  2. Demam tinggi
  3. Keluar lelehan atau air di kawasan bedah
  4. Bau kurang menyenangkan datang di kawasan tersebut
  5. Rasa sakit teramat sangat (rasa sakit tu biasa, terutama masa seminggu pertama. Kenali sakit yang macam mana)
  6. Bekas luka terbuka

Rawatan parut czer

Mungkin parut kita tak sembuh seperti yang kita nak, atau kita nak dia hilang. Tak nak ada keloid dan sebagainya. Sebenarnya tak ada cara nak hilangkan parut tu 100% tapi ada beberapa pilihan yang boleh tambah baik penampakan parut tu supaya lebih cantik.

Cara tanpa pembedahan

  • Laser. Ada jenis laser yang boleh halang masalah kulit tak sekata pada kawasan parut dan sekitarnya. Kos rawatan laser bergantung pada jenis laser dan klinik ialah kira-kira RM 1,000 hingga Rm 4,000 atau lebih.
  • Suntikan steroid. Untuk parut yang lebih teruk kejadian dia, sama ada yang dah ada keloid atau hipertropik (parut tebal), suntikan steroid membantu untuk kurangkan keradangan dan menipiskan penampakan parut czer.

Cara pembedahan

Disebabkan penampakan parut akan bertambah baik, doktor secara am takkan buat apa-apa ke atasnya dalam masa enam hingga 12 bulan mendatang selepas czer. Tapi kalau kita memang nak guna cara pembedahan, boleh dapatkan nasihat doktor.

  • Timbal balik parut luka lama. Dengan prosedur ini, pakar bedah akan buang kulit sekitar parut dan menambah baik parut lama agar lebih nipis dan pudar. Cara ini sesuai membantu kalau parut lama dan terlalu besar dan menebal.
  • Tummy tuck. Kalau kita ada kulit yang menggeleber, banyak lemak sekitar perut, cara ini sangat berbaloi. Semasa prosedur, doktor akan potong lemak berlebihan dan kulit tadi termasuk parut czer dan sambungkan jahit balik dengan terperinci. Nampaknya ini bukan cara yang terbaik sekiranya parut czer asal tadi kecil sahaja. Sebab tummy tuck ni akan tinggalkan parut nipis yang lebih panjang dari parut czer.

Cara semulajadi, selamat & berkesan

Ramai dah para Ibu yang guna cara mudah serta selamat ini dan lebih penting tak meninggalkan parut kita dengan daging berlebihan (keloid tadi).

set cadangan shaklee luka czer caesarean esp shaklee

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP). Amalkan mengambil ESP setiap pagi sebelum sarapan. Kandungan protein dalam ESP ini akan membantu proses pembaharuan sel kulit kita di setiap 28 hari untuk berganti kepada sel kulit yang baru. Selain itu, kalau kita ambil ESP Shaklee untuk kurangkan penampakan parut atau cantikkan dia serta dalam masa yang sama kita menyusu badan, ESP juga boleh banyakkan susu badan! Dua dalam satu manfaat. Klik untuk order.

set cadangan shaklee luka czer caesarean vitamin c shaklee

Vitamin C Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C Shaklee). Tak asing lagi yang Vitamin C ni, memang popular untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja, ia juga bantu untuk proses sembuh luka czer kita luaran dan dalaman. Klik untuk order.

set cadangan shaklee luka czer caesarean zinc plus shaklee

Zinc Shaklee

Zinc Plus. Zink sangat memainkan peranan penting untuk luka czer. Menurut kajian terbaharu yang diterbitkan pada tahun Januari 2020, luka yang mengambil masa lama untuk sembuh ialah sangat membimbangkan dan suplemen zink terbukti untuk memberikan kejayaan dalam mengatasi masalah luka lambat sembuh ini. Klik untuk order.

set cadangan shaklee luka czer caesarean vivix shaklee

Vivix Shaklee

Vivix Shaklee. Vivix mengandungi polifenol yang memiliki ciri antioksidan, antiradang dan antimikrobial yang telah digunakan sejak lama dahulu lagi untuk membantu luka cepat sembuh. Sifat antiradangan Vivix Shaklee ini juga turut sama bekerjasama dalam memberikan bantuan mengurangkan rasa ngilu sakit di bahagian luka czer. Klik untuk order.

PROMOSI PAKEJ FULLSET CADANGAN SHAKLEE UNTUK TIPS PENJAGAAN LUKA CZER

set shaklee cadangan luka czer caesarean fullset esp shaklee vitamin c zinc plus vivix shaklee
Set Cadangan Shaklee untuk Czer (Luka)

Dengan setiap pembelian fullset ini, anda layak mendapatkan offer di bawah:

  • FREE MEMBERSHIP BERNILAI RM 35
  • CASHBACK RM 25
  • FREE POSTAGE
  • FREE SCOOP ESP SHAKLEE*
  • FREE SHAKER UNTUK ESP*
  • FREE SUDU UNTUK VIVIX*

*selagi stok masih ada

Daftar Ahli Shaklee Online – Daftar Sekarang 

Peluang keemasan sementara masih ada, daftar ahli Shaklee online. Isikan semua details yang diperlukan. Tapi, lepas dah isi.. anda masih belum sepenuhnya register tau! Kena aktifkan akaun Shaklee. Macam mana nak aktifkan?? Lepas dah isi form Daftar Sekarang, dan dah pun dapat SMS dari Shaklee yang mengandung ID anda.. terus contact Syaza, klik sini.

JOM SHARE CONTENT INFO ENTRI INI KEPADA RAKAN FACEBOOK ANDA

Categories:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *