Tips Minum Air Cukup Masa Puasa

0 3 Comments

Dehidrasi terjadi apabila kita menggunakan atau hilang lebih banyak bendalir berbanding yang masuk ke dalam badan. Sekiranya kita tak gantikan bendalir hilang tadi, dehidrasi akan menyerang.

Terdapat pelbagai kesan dan akibat daripada dehidrasi antaranya ialah haus melampau, kurang membuang air kecil, warna air kencing (urine) yang pekat kuning, keletihan dan boleh mengakibatkan pening kepala. Bagi kanak-kanak pula, mereka akan mendapat lidah dan mulut yang kering, tak mengalirkan air mata apabila menangis, pampers tak basah walaupun selepas 3 jam, pipi dan mata yang sembab, dan pelbagai masalah lain hanya berpunca dari dehidrasi

Sewaktu berpuasa, badan kita mudah untuk terdedah dengan dehidrasi, atau masalah kekurangan bendalir ini. Oleh sebab itu, apabila berpuasa, kita perlu menekankan pengambilan air yang cukup sepanjang tempoh yang dibolehkan untuk mengambil makanan serta minuman

Namun, ramai yang selalu tertanya-tanya, mampu ke nak cukupkan air seperti hari biasa masa berpuasa? Boleh atau tidak mereka nak habiskan air 1 hingga 3 liter sehari?

Ya, semestinya boleh. Hari ini kita akan tahu tips mudah untuk memenuhi keperluan air secukupnya dalam badan.

Tips Minum Air Cukup Masa Puasa

Botol air comel beri kepuasan dan semangat nak minum air dengan cukup
  1. Botol Air Khas : Sediakan botol air yang khas untuk kegunaan sepanjang hari berpuasa. Isi air dalam botol tersebut sepenuhnya. Berapa kuantiti air yang diperlukan bergantung pada keperluan individu. Pastikan air di dalam botol tersebut dihabiskan sepanjang masa bersahur, berbuka dan selepas dari temph berbuka. Fokus habiskan air yang disediakan dalam botol tersebut bersama kuantiti yang individu memerlukan.
  2. 8 Gelas Air : Guna teknik 8 gelas air sehari. Ambil 4 gelas semasa bersahur. 2 gelas sewaktu berbuka puasa, dan baki 2 gelas selepas menunaikan solat Maghrib atau Isyak dan Terawih jika dalam bulan Ramadhan

Selamat minum air dengan cukup sepanjang berpuasa!

Categories:

3 thoughts on “Tips Minum Air Cukup Masa Puasa”

  1. Sis Lin says:

    Cantiknya bekas air tu..berkenan Sis…
    Selamat berpuasa Syaza..

  2. Wahh tips yang berguna..sebab kalau bulan puasa ni kan jarang minum air cukup..boleh praktikkan ni.

  3. memang itu lah yang sepatutnya kan…minum secara berkala dari waktu berbuka hingga sahur…

    jangan minum terus banyak2 hanya waktu sahur, nanti akan rasa bloated dan lagi banyak air keluar balik dari badan, lagi cepat haus dibuatnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *