Blog Vitamin C Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee Sesuai Untuk Siapa?

Siapa Sesuai Makan Vitamin C Shaklee

Awak dah tahu mengenai kebaikan Vitamin C daripada Shaklee, jadi sekarang ini awak ingin mengetahui adakah awak orang yang sesuai untuk ambil Vitamin C ini?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada awak mengenai siapakah yang sesuai dan sangat digalakkan untuk mengambil Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee ini.

1. Ibu Hamil

Semasa mengandung, badan awak akan mengalami perubahan hormon yang mempengaruhi sistem imun sehingga menyebabkan awak mudah terdedah kepada jangkitan dan penyakit berjangkit.

Ianya sangat merbahaya untuk awak dan juga bayi. 

Pengambilan Vitamin C secara berkala dalam kalangan ibu yang mengandung didapati boleh membantu untuk

2. Pelajar

Pernah berjaga sampai lewat malam sebab esok ada ujian, atau sebab nak siapkan assignment?

Jika awak seorang pelajar, awak perlu tahu bahawa tidur yang tidak mencukupi boleh melemahkan sistem imun dan meningkatkan kemungkinan badan awak untuk cepat sakit. 

Selain itu proses penyembuhan bila awak sakit juga akan menjadi perlahan kerana imun badan awak yang lemah.

Dengan bantuan Vitamin C ini ia didapti boleh membantu untuk:

  • Meningkatkan tindakbalas serta perlindungan imun untuk awak sebagai seorang pelajar
  • Mempercepat tempoh penyembuhan

 

3. Warga Emas

Seiring dengan peningkatan usia, sistem pertahanan badan juga akan menjadi semakin lemah.

Selain daripada itu, badan awak juga semakin kurang keupayaan untuk menyerap nutrien daripada pemakanan harian yang menyebabkan awak mudah terdedah kepada masalah kekurangan nutrien termasuklah kurang vitamin c. 

Dengan vitamin c ia membantu warga emas untuk

  • Meningkatkan perlindungan badan terhadap jangkitan
  • Mengurangkan kemungkinan untuk cepat jatuh sakit disebabkan penyakit berjangkit

4. Senang Demam, Batuk dan Selesema

Jika awak senang mendapat demam, batuk dan selesema, lakukan sesuatu dengan meningkatkan sistem imunisasi awak bersama Vitamin C Shaklee.

📹 Segalanya Tentang Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

5. Pekerja Syif Malam

Menurut penyelidik di Institut Kesihatan Mental Douglas Universiti dan McGill Universiti, bekerja di waktu malam akan menjejaskan kitaran jam biologi semulajadi badan awak untuk mengawal tindak balas imun. Gangguan ini akan menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang jika tidak diatasi segera.

Vitamin C Shaklee membantu meningkatkan antibodi badan awak agar tidak mudah jatuh sakit walaupun awak terpaksa untuk bekerja syif malam atas tuntutan pekerjaan.

6. Suka Makan Benda Manis

Dengan pengambilan makanan dan minuman manis tanpa had, ia akan menyebabkan badan lemah untuk melawan sebarang jangkitan bakteria dan virus. Paras gula dalam darah yang tinggi akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel imun pertahanan “koma”.

Kesan ini akan berterusan selama beberapa jam selepas pengambilan makanan dan minuman manis.

Pastikan awak mengawal pengambilan gula dan beri badan sokongan dengan mendapatkan supplement Vitamin C setiap hari.

7. Selalu Stress

Tekanan atau stress memang tidak dapat dielakkan terutama untuk awak yang bekerja.

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang sentiasa mengalami stress mudah untuk jatuh sakit kerana fungsi imun sistem yang lemah dan mempunyai tahap Vitamin C yang rendah dalam badannya.

Dengan mengambil Vitamin C ia membantu untuk

  • Meningkatkan perlindungan imun
  • Merangsang mood dan emosi yang positif

8. Ada Ambil Supplement Zat Besi (Iron)

Untuk meningkatkan penyerapan zat besi, iron dan mineral penting yang dapat membantu dalam pembentukan normal sel-sel darah merah serta haemoglobin, ambil bersama Vitamin C.

Hal ini kerana Vitamin C dapat meningkatkan penyerapan vitamin iron zat besi ini ke dalam badan awak.

9. Luka Lambat Baik

Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, gigi dan juga untuk kulit yang sihat.

Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin C memiliki kaitan dengan masalah kurangnya pembentukan kolagen serta luka yang lambat nak sembuh.

10. Kulit Banyak Jerawat

Vitamin C mengandungi ejen anti radang yang dapat mengurangkan radang yang disebabkan jerawat awak. Selain itu, ia juga bertindak untuk menghasilkan kolagen di tahap optimum untuk meredakan kesan parut muka yang berpunca dari jerawat.

11. Gusi Senang Berdarah

Orang yang mengalami kekurangan vitamin c gusi juga senang berdarah. Malah boleh kehilangan gigi di usia muda dengan cepat. Vitamin C dapat membantu masalah ini.

12. Pentingkan Kesihatan Saraf

Salah satu fungsi yang paling penting Vitamin C ialah untuk menyokong sistem imun dan saraf awak.

Tubuh badan seseorang yang mempunyai kandungan vitamin c yang mencukupi mampu mencegah jangkitan berbanding mereka dengan masalah kekurangan Vitamin C.

13. Kulit Kusam

Vitamin C amat diperlukan untuk penghasilan kolagen. Kolagen inilah yang menjadikan kulit awak akan berseri dan tidak kusam. Selain itu, vitamin c juga memiliki antioksidan yang dapat melindungi kulit awak dari kerosakan sinaran matahari – punca utama kulit kusam.

 

14. Ibu Menyusu

Sebagai ibu yang menyusukan anak, awak perlu memastikan pemakanan harian lengkap dengan vitamin c dan di sokong bersama supplement Vitamin C Shaklee bagi memastikan susu yang dihasilkan berkualiti.

Selain itu, sebagai ibu menyusu cabaran tidak dapat lena dengan baik di waktu malam akan mendedahkan awak kepada sistem imun yang lemah. Oleh itu, kukuhkan kesihatan awak sebagai ibu yang menyusu dengan vitamin c agar awak tidak mudah jatuh sakit dan boleh menjaga anak awak dengan baik.

15. Kerap Bersin Pagi

Adakah awak selalu bersin di pagi hari?

Jika awak bangun pagi dengan hidung yang seakan berhingus atau memang ada hingus walaupun awak tak ada demam, batuk dan selesema.. awak mungkin terdedah kepada masalah alergik atau masalah hidung yang mudah untuk mengalami radang.

Tingkatkan imun badan awak dengan vitamin c dan juga elak daripada masalah alergi yang awak ada.

16. Resdung

Resdung dan vitamin c ibarat kawan baik. Vitamin C ialah anti radang semulajadi yang mengandungi antioksidan untuk menguatkan sistem imun, 

Leave a Reply

Artikel seterusnya khas untuk anda..

You cannot copy content of this page