Vitamin Syaza Dah Official Daftar SSM

Reading Time: 2 minutes
Akhirnya.
Syukur alhamdulillah, setelah sekian lama nak buat (sebab sebelum ni selalu bertangguh disebabkan banyak kerja lain yang lebih utama), akhirnya selesai pendaftaran Vitamin Syaza sebagai sebuah syarikat berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Phew, panjang perenggan intoduction. Baca sekali nafas taw, hehe
Syaza cari SSM dekat kawasan Melaka and luckily SSM Melaka ni ada dekat UTC! Sebelah UTeM tu. First time keluar berdua dengan si dobot, Zehraa.
Seharian dukung dia. Sakit lengan ibu oi ahaha

Mudah je cara-cara nak daftar. Sebenarnya Syaza dah daftar online di sistem aplikasi SSM e-Biz tapi sebab kena dapat approval touch print ID di SSM so nak tak nak I kena juga menapak ke SSM. 
Sampai je kaunter terus tanya, “Daftar kat sini boleh tak Encik? Kalau kat sini sekejap je kan siap,”

Encik kaunter jawab, “Haah buat kat sini sekejap je siap,”
So Syaza daftar, bayar semua dekat SSM UTC Melaka tu. Serius tak sempat nak snap gambar just snap gambar Sijil SSM je. Bayaran untuk pendaftaran atas nama syarikat yang selain nama di IC adalah sebanyak RM 60 je. Syaza request sijil so extra RM 10.
“Cik, sini cash je ek?”

“Ye cik cash sahaja,”
“Oh singgit-singgit boleh yer cik. Saya ada duit singgit je banyak dalam dompet sekarang ni, huhu,”

Maka, daku keluarkanlah singgit-singgit tu sampai tujuh puluh hengget ahaha
So, secara rasmi, Vitamin Syaza dah berdaftar di bawah SSM secara sah! 🙂

vitamin syaza ada sijil ssm
Vitamin Syaza jual apa? Jual vitamin dan suplimen jenama Shaklee! Nak beli boleh order dengan Syaza taw, bagi taw kawan-kawan dan saudara mara sekali yea

TQ

😀

xoxo,
Syaza (Certified Shaklee Distributor)

8 Comments

  1. Congrats sis 🙂 Semoga maju jaya tau!

    Ika datang singgah sini. ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html

  2. terbaek. tahniah.. semoga dimurahkan rezeki 🙂

  3. Alhamdulillah.. Tahniah Syaza..

  4. tahniah! semoga dimurahkan rezeki

  5. TQ Ika! ")

  6. tq ")

  7. TQ Kak Sha 🙂

  8. Amin. tq dik comey 🙂

Leave a Reply

You cannot copy content of this page
%d bloggers like this: